------------------------------------------------------------------
Google
 
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, May 26, 2008

4 Perkara

4 Perkara Menguatkan Badan
-----------------------------------
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

4 Perkara Menajamkan Fikiran
------------------------------------
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 Perkara Melemahkan Badan
-----------------------------------
1. Banyak berkel*min (berset*b*h)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

4 Perkara Menajamkan Mata
----------------------------------
1. Duduk menghadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

4 Perkara Merosakkan Mata
---------------------------------
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kem*luan
4. Membelakangi kiblat

4 Cara Tidur
---------------
1. Tidur Para Nabi - tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah - miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur Para Raja Yang Haloba - miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur Syaitan - menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wallahualam...

Saturday, April 26, 2008

Can A Family Man With Salary RM3,000 Survive In Malaysia?

Can a family man with salary RM3,000 survive in Malaysia?
Let's do some simple calculations here.

In Malaysia, the average family income is RM3,000/month (where father works, mother doesn't).

I understand there are many families whose monthly income does not reach RM3,000 but to make things simple, let's take RM3,000 as the figure.

Ok, let's start rolling with a family which has papa, mama, 1 daughter and 1 son. Calculation starts...

Electricity and water bill: RM100
(no air-cond, no home theatre, no water heater...)

Phone bill (Telekom): RM100

Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day where RM25 for 4 persons)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day)

Car repayment: RM400
(a proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam): RM300
(go to work, bring son to school, only can afford one car running)

Insurance: RM650
(kids, wife and myself)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80
(got that cheap? I don't think so...)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees: RM30
(enough?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one....expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so...
no Astro,
no movie @ cinema,
no DVD,
no CD,
no online,
cannot KFC,
cannot McDonald,
cannot go Park walk during weekend (petrol expensive),
no chit chat on phone with grandparents, and etc...

Let's use a calculator to total up....RM3,610 already!

EPF belum potong, income tax lagi....already RM3,610...

How to survive???

Let's think about it (lu pikir lah sendiri...!!!)

Hikmah Di Sebalik Duduk Iftirash

Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Jika kita lihat gambarajah refleksologi, apabila berada dalam kedudukan ini, kaki kanan kita mendapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri pula mendapat tekanan bawah dan tengah kaki.
Duduk iftirash ini memberi 'tekanan refleksologi' yang menyeluruh. Tetapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan refleksologi' untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - brain, neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc seperti dalam gambarajah).

Hal ini merugikan! Eloklah kita cuba duduk iftirash secara sempurna semoga kita mendapat pahala kerana mengikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui indirect reflexology exercise untuk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
"Aku melihat Nabi Muhammad SAW. Apabila baginda SAW duduk pada rakaat yang kedua (untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash)….."
Hadis sahih riwayat Bukhari.

Pengajaran hadis:
  1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
  2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith).
  3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasulullah SAW dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT.
  4. Amalan-amalan Rasulullah SAW adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Insya-Allah...Selamat beramal dan menyampaikannya.

Wallahualam...

Friday, April 25, 2008

Perihal Kuku dan Pemakaian Cincin

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir. Jika kesemua jari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang bakal kita tanggung untuk kesemua khinzir tersebut. Maka, potonglah kuku anda.

Jangan ada niat menyimpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya pada jari kelingking. Bagi orang Islam, adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung, dll. Apa ilmu yang diajar pun tidak akan boleh diterima.

Untuk yang bujang pula beringatlah. Kalau hendak mencari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek, Insya-Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali, sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di

1. jari manis
2. jari kelingking (anak jari)

dan jangan pada
1. jari tengah
2. jari telunjuk

Baginda melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah SWT iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

(Cara memakai cincin adalah sama bagi lelaki dan perempuan)

p/s: Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Rasulullah memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah baginda, Insya-Allah senang sahaja kita dapat pahala.

Wallahualam...

My Playlist

Google
 

Earn $$$ From Your Hp! Click Below

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Get Paid To Read Emails! Click Below

http://www.emailcashpro.com