------------------------------------------------------------------
Google
 

Friday, April 25, 2008

Perihal Kuku dan Pemakaian Cincin

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir. Jika kesemua jari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang bakal kita tanggung untuk kesemua khinzir tersebut. Maka, potonglah kuku anda.

Jangan ada niat menyimpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya pada jari kelingking. Bagi orang Islam, adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung, dll. Apa ilmu yang diajar pun tidak akan boleh diterima.

Untuk yang bujang pula beringatlah. Kalau hendak mencari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek, Insya-Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali, sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di

1. jari manis
2. jari kelingking (anak jari)

dan jangan pada
1. jari tengah
2. jari telunjuk

Baginda melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah SWT iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

(Cara memakai cincin adalah sama bagi lelaki dan perempuan)

p/s: Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Rasulullah memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah baginda, Insya-Allah senang sahaja kita dapat pahala.

Wallahualam...

No comments:

My Playlist

Google
 

Earn $$$ From Your Hp! Click Below

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Get Paid To Read Emails! Click Below

http://www.emailcashpro.com